-->

RASULULLAH is our MU'ALLIM

"Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI"

Pages

  • Utama
  • Organisasi
  • Objektif
  • FOTO

Friday, 14 October 2011

Qailullah yang Tersirat





Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.


(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini
Written by Unit Kaunseling at 19:59
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: info sihat

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Welcome (^_^)


Simpang Lima Islamic Secondary School

Simpang Lima Islamic Secondary School

Little Caliph

My photo
Unit Kaunseling
Blog ini kepunyaan Unit Bimbingan kaunseling Sekolah Menengah Agama Simpang lima.Kami akan cuba sedaya upaya membantu anda dalam segala hal.
View my complete profile

Popular Posts

  • Fitnah??Senyum aje lah..(^_^)
    Bismillahirrahmanirrahim.... dimulakan dgn kalimah Allah...sang Khalik...yang Maha Besar..Yang Maha Esa.. antum sehat??geongganhan??means.....
  • Atasi Masalah Stress dengan Vitamin 'Z'
    Apakah vitamin Z itu?macam tidak pernah dengar sahaja..jeng3...baca dahulu baru anda tahu...ok?(^_^) Kebiasaan kita apabila ditimpa masalah...
  • Qailullah yang Tersirat
    Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak ...
  • If You Are
    If you are rich, follow the merchant of Makkah. If you are poor, look at the prisoner of the Shi’abe Abi Taalib. If you are a king, stud...
  • Open your mind :D
    AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY “An apple a day keeps the doctor away?”, but why? Do you really know what makes an apple so special? Wh...
  • Husnuzzon dengan Diri Sendiri!
    Assalamualaikum....erm...taw tak apa makna husnuzzon??husnuzzon maknanya brsangka baik....bersangka baik pada diri tu penting....dan plg ...
  • Oh Allah...
    Beautiful Dua'    Oh Allah, teach me to love others just like I love myself, teach me to judge myself just like I judge others. And if...
SILA FOLLOW SEKARANG

Followers

Labels

ask your heart (4) iloveislam (3) info sihat (2) mutiara diri (5) tips najah (3)

Blog Archive

  • ▼  2011 (15)
    • ▼  October (15)
      • ►  Oct 18 (1)
      • ►  Oct 17 (6)
      • ▼  Oct 14 (6)
        • Oh Allah...
        • Redha dan Ikhlaslah!
        • Step In Knowledge
        • Husnuzzon dengan Diri Sendiri!
        • Qailullah yang Tersirat
        • If You Are
      • ►  Oct 12 (2)

K.A.M.I

K.A.M.I
LAMAN RASMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING Untuk lebih keselesaan para pelajar SMKASL, kaunselor membina blog ini yang lebih berbentuk maklumat seperti kemahiran belajar, motivasi, aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bimbingan dan sebagainya. Manakala blog TANYALAH KAUNSELOR, lebih kepada berita semasa, terkini dan sensasi yang berlaku di sekolah dan sekitarnya. Gunakanlah kedua-dua blog ini untuk mendapatkan maklumat. Pelajar boleh berhubung dengan saya sama ada melalui email kaunselorsmkasl@yahoo.com atau sms 0193186923. Gunakan untuk bertanya segala kemungkinan dan persoalan dan masalah. Boleh juga untuk meluahkan perasaan yang bermain-main difikir pelajar2.

Pastikan Hati Kita..

Pastikan Hati Kita..
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Sahabat



 
Kaunseling. Watermark theme. Powered by Blogger.