-->

RASULULLAH is our MU'ALLIM

"Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI"

Pages

  • Utama
  • Organisasi
  • Objektif
  • FOTO

Tuesday, 18 October 2011

Nak Jadi Cemerlang tak??


Assalamualaikum kawan2....heee....
lame tak bersua....hehe....nk post something yg sgt2 bermanfaat...dpt ni time search kat
iluvislam tadi..maybe ade kwn2 yg dah baca...but,,for sahabat yang belum baca...baca keyh!!terbaekkk lahh...




Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

ada lagi..tapi...nanti ok...:)
Written by Unit Kaunseling at 02:55 0 komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: tips najah

Monday, 17 October 2011

Atasi Masalah Stress dengan Vitamin 'Z'


Apakah vitamin Z itu?macam tidak pernah dengar sahaja..jeng3...baca dahulu baru anda tahu...ok?(^_^)
Kebiasaan kita apabila ditimpa masalah atau mengalami tekanan perasaan, antara kaedah berikut mungkin menjadi pilihan untuk meringankan beban.  Ada yang positif dan ada yang negatif;
 a)     Meluahkan masalah pada individu yang dipercayai. E
b)    Keluar ‘makan angin’ atau bersiar-siar. E
c)     Mencoret di atas kertas atau di laman maya. E
d)     Menangis atau meraung seorang diri. E
e)     Mengambil pil penenang.  E
f)     Tidur.  E
g)     Melampiaskan tekanan pada individu yang tidak bersalah seperti staf bawahan, pembantu rumah, anak-anak, pasangan dan lain-lain dengan cara memarahi mereka atau membentak tanpa rasional.  D
h)     Mencampak barang-barang yang ada di sekeliling.  Ada barang yang selamat dan ada yang rosak.  D
i)       Minum arak, ambil dadah dan seumpamanya. D
j)      Bunuh diri. D (minta dijauhkan Tuhan) 
k)     Lain-lain. 
 Kaedah negatif hanya menambah kekusutan jiwa kerana ia satu dosa.  Contoh kaedah  kerana ia membazirkan tenaga, masa dan barang yang dirosakkan.  Membazir wang lagi bila kena beli semula untuk menggantinya.  Pendek kata, banyak rugi dari untung.   
Kaedah paling berkesan yang pernah saya gunakan untuk mengatasi stress ialah dengan mengambil Vitamin Z.  Vitamin Z tidak perlu dibeli.  Cukup dengan sedikit konsentrasi pada minda dan hati.  Kita akan dapat manfaat yang sangat besar dari Vitamin Z ini. Vitamin Z yang dimaksudkan ialah ‘Zikrullah’ atau mengingati Allah.  Ia terbukti berkesan.  Bahkan memberi keuntungan bukan setakat di dunia fana, bahkan berpanjangan hingga akhirat sana.
 Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan “zikrullah”. Bukankah dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati.
Kenyataan di atas merupakan jaminan Allah melalui ayat 28 surah al-Ra’d.
 Apa jua permasalahan yang dihadapi hingga mendatangkan stress, boleh ambil Vitamin Z ini.  Noktah penting yang kita perlu ada dalam diri ialah ikhlas.  Justeru jangan takut dan bimbang walau punca stress adalah amalan negatif seperti kalah judi, mencuri dan pelbagai lagi.  Kalau pil penenang pun ada cara menggunakannya supaya manfaat diperolehi.  Begitu juga dengan Vitamin Z ini.  Betul cara menggunakannya, pasti berjaya!  J  
Kaedah pengambilan Vitamin Z secara berkesan:
 Langkah 1 Ê Abaikan dahulu minda anda dari memikirkan apa jua masalah yang sedang dihadapi.  Dengan lain perkataan kosongkan fikiran terlebih dahulu.  
 Langkah 2 Ê Kemudian perlahan-lahan hadirkan hati untuk mendapatkan khasiat Vitamin Z.  Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda.  Bukankah Allah yang mengurniakan minda dan hati pada kita?  Justeru, tidak susah mengembalikan ingatan minda dan tumpuan hati pada Yang Maha Mencipta. 
Langkah 3 Ê Setelah fikiran anda dapat rehat dan hati tenang dengan mengingati Allah.  Barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca stress dalam keadaan tenang.
Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih rasional dalam menentukan tindakan.  Apatah lagi ketenangan yang datangnya dari Allah.   
Bagi mengekalkan ketenangan yang diperolehi, usahakan kaedah penyelesaian yang diredai Allah.  Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita mengguna pakai cara yang tidak diredai Allah, ketenangan akan menjauh semula dari kehidupan kita.  Fikir-fikirkan…  
Written by Unit Kaunseling at 04:21 0 komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ask your heart, mutiara diri
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome (^_^)


Simpang Lima Islamic Secondary School

Simpang Lima Islamic Secondary School

Little Caliph

My photo
Unit Kaunseling
Blog ini kepunyaan Unit Bimbingan kaunseling Sekolah Menengah Agama Simpang lima.Kami akan cuba sedaya upaya membantu anda dalam segala hal.
View my complete profile

Popular Posts

  • Fitnah??Senyum aje lah..(^_^)
    Bismillahirrahmanirrahim.... dimulakan dgn kalimah Allah...sang Khalik...yang Maha Besar..Yang Maha Esa.. antum sehat??geongganhan??means.....
  • Atasi Masalah Stress dengan Vitamin 'Z'
    Apakah vitamin Z itu?macam tidak pernah dengar sahaja..jeng3...baca dahulu baru anda tahu...ok?(^_^) Kebiasaan kita apabila ditimpa masalah...
  • Qailullah yang Tersirat
    Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak ...
  • If You Are
    If you are rich, follow the merchant of Makkah. If you are poor, look at the prisoner of the Shi’abe Abi Taalib. If you are a king, stud...
  • Open your mind :D
    AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY “An apple a day keeps the doctor away?”, but why? Do you really know what makes an apple so special? Wh...
  • Husnuzzon dengan Diri Sendiri!
    Assalamualaikum....erm...taw tak apa makna husnuzzon??husnuzzon maknanya brsangka baik....bersangka baik pada diri tu penting....dan plg ...
  • Oh Allah...
    Beautiful Dua'    Oh Allah, teach me to love others just like I love myself, teach me to judge myself just like I judge others. And if...
SILA FOLLOW SEKARANG

Followers

Labels

ask your heart (4) iloveislam (3) info sihat (2) mutiara diri (5) tips najah (3)

Blog Archive

  • ▼  2011 (15)
    • ▼  October (15)
      • ▼  Oct 18 (1)
        • Nak Jadi Cemerlang tak??
      • ►  Oct 17 (6)
      • ►  Oct 14 (6)
      • ►  Oct 12 (2)

K.A.M.I

K.A.M.I
LAMAN RASMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING Untuk lebih keselesaan para pelajar SMKASL, kaunselor membina blog ini yang lebih berbentuk maklumat seperti kemahiran belajar, motivasi, aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bimbingan dan sebagainya. Manakala blog TANYALAH KAUNSELOR, lebih kepada berita semasa, terkini dan sensasi yang berlaku di sekolah dan sekitarnya. Gunakanlah kedua-dua blog ini untuk mendapatkan maklumat. Pelajar boleh berhubung dengan saya sama ada melalui email kaunselorsmkasl@yahoo.com atau sms 0193186923. Gunakan untuk bertanya segala kemungkinan dan persoalan dan masalah. Boleh juga untuk meluahkan perasaan yang bermain-main difikir pelajar2.

Pastikan Hati Kita..

Pastikan Hati Kita..
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Sahabat



 
Kaunseling. Watermark theme. Powered by Blogger.